HUAWEI bakal membawakan tablet terbaru iaitu MatePad 12 X 2026 ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Tablet baru ini hadir dengan spesifikasi yang lebih baik dengan beberapa peningkatan yang lebih menarik.
Tablet mampu ini menawarkan pengalaman seperti PC melalui papan kekunci dan juga sokongan penuh PC-level WPS Office 3.0. HUAWEI MatePad 12 X 2026 hadir dengan skrin bersaiz 12-inci yang dilengkapi dengan Ultra-clear PaperMatte, menggurangkan silau dalam masa yang sama kekal jelas biarpun di bawah cahaya terang.

Seiring dengan ketibaannya, HUAWEI telahpun membuka pra-tempahan awal untuk MatePad Pro 12 X 2026. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM1047 termasuk M-Pencil Pro, HUAWEI Bluetooth Mouse dan PC-level WPS Office 3.0.
Buat masa ini, HUAWEI belum lagi mendedahkan sebarang maklumat mengenai harga jualan dan ketibaan peranti ini. Kami menjangkakan, maklumat tersebut akan dikongsi dalam masa terdekat.