Sistem kamera baru mungkin akan diperkenalkan pada Samsung Galaxy S26 Ultra yang akan mengatasi masalah ‘lens flare’ yang berlaku pada model sebelumnya.
Menurut maklumat, sistem kamera baru pada Galaxy S26 Ultra akan mengurangkan kesan flare dengan penggunaan teknologi lensa dan salutan (coating) yang dipertingkat. Selain itu, isu tona kulit yang tidak konsisten juga akan turut ditambah baik.

Kamera utama pada Galaxy S26 dikatakan mempunyai apertur yang lebih besar iaitu f/1.4 berbanding f/1.7 pada Galaxy S25 Ultra. Sokongan apertur lebih besar membolehkan lebih banyak cahaya masuk sekali gus meningkatkan prestasi fotografi dalam keadaan cahaya rendah.
Seperti biasa, laporan ini masih lagi diperingkat awal dan maklumat yang lebih tepat hanya akan diketahui selepas Galaxy S26 Ultra diperkenalkan secara rasmi.