Pelancaran iPhone Air 2 dikatakan telah kembali ke landasan yang sepatutnya dan dijangka tiba pada September 2026.
Sebelum ini, terdapat laporan mendedahkan pelancaran iPhone Air 2 ditangguhkan ke 2027 disebabkan oleh jualan model semasa kurang memberangsangkan. Namun merujuk kepada laporan terbaru, iPhone Air 2 dikatakan berada dilandasan yang sepatutnya dan akan tiba seperti yang dirancang.

iPhone Air 2 dijangka hadir dengan beberapa peningkatan yang menarik seperti menggunakan tetapan dwi-kamera belakang, kapasiti bateri yang lebih besar, sistem penyejukan dan harga jualan lebih rendah berbanding model sebelumnya.
Lebih menarik, laporan tersebut turut menyatakan yang iPhone 17e telahpun memasuki fasa pengeluaran besar-besaran.