HONOR melalui platform Weibo berkongsi tarikh pelancaran untuk Power 2 iaitu pada 5 Januari 2026 di China.

Selain tarikh pelancaran, HONOR turut berkongsi rekaan panel belakang yang dilihat mempunyai persamaan yang sama seperti iPhone 17 Pro Max, terutamanya pada susunan modul kamera. Menggunakan rekaan modul kamera berbentuk segi empat dengan tiga kamera belakang.

Untuk spesifikasi, HONOR Power 2 akan dikuasakan dengan cip Dimensity 8500 Elite dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB. Dimuatkan dengan bateri 10,080mAh menjadikan ia peranti dengan bateri terbesar di pasaran.
Selain itu, peranti ini dijangka akan dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.79 dan kamera utama 50MP. Hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Rising Sun Orange, Magic Night Black, dan Snow White.