Close

Aplikasi Google Photos akan ditawarkan pada TV pintar Samsung

Samsung secara rasmi mengumumkan aplikasi Google Photos akan tiba pada TV pintar mereka tidak lama lagi.

Aplikasi Google Photos akan ditawarkan secara berperingkat bermula pada awal 2026. Terdapat tiga ciri yang akan diperkenalkan iaitu Memories, Create with AI dan juga Personalized Results. Ketiga-tiga ciri akan dilepaskan secara berperingkat dengan ciri pertama akan diterima sekitar Mac 2026.

Bukan itu sahaja, Samsung akan turut mengintegrasikan Vision AI Companion (VAC) pada Google Photos untuk memberikan pengalaman yang lebih pintar bersesuaian dengan pengguna. Menariknya, sokongan Google Photos akan tiba lebih awal pada TV pintar Samsung berbanding pada Android TV yang dimiliki oleh Google sendiri.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN