Close

OPPO Pad 5 turut tiba di Malaysia dengan harga bermula RM1699

Seiring dengan ketibaan siri Reno15 di Malaysia, OPPO turut memperkenalkan tablet terbaru mereka iaitu OPPO Pad 5. Tampil dengan penawaran yang lebih baik dari segi spesifikasi dan juga rekaan yang lebih menarik.

OPPO Pad 5 dilengkapi dengan skrin LCD bersaiz 12.1-inci dengan resolusi 2.8K dan menyokong paparan 120Hz. Skrin peranti ini menggunakan teknologi Display Matte Edition untuk menggurangkan kesan silau dan memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik. Dijana dengan cip Dimensity 7300-Ultra yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Menggunakan tetapan satu kamera depan dan belakang dengan sensor sebesar 8MP. Dimuatkan dengan bateri 10050mAh yang menyokong pengecasan 33W SuperVOOC. Selain itu, peranti ini turut menyokong pelbagai ciri yang dikuasakan oleh AI dan menjalankan ColorOS 16 berasaskan Android 16.

Di Malaysia, OPPO Pad 5 ditawarkan dengan satu pilihan varian sahaja iaitu 8GB + 256GB dengan harga RM1699 untuk versi WiFi dan RM2199 untuk versi 5G.

ARTIKEL BERKAITAN