Close

Samsung Galaxy S26 Ultra bakal hadir dengan ciri ‘Privacy Display’

Samsung dijangka perkenal satu ciri baru menarik padaGalaxy S26 Ultra yang dipanggil sebagai ‘Privacy Display’.

Ciri Privacy Display ini telah dikesan pada One UI 8.5 yang membolehkan skrin fon hanya boleh dilihat dengan jelas oleh pemilik sahaja. Sekali gus, menghalang pengguna atau orang sekeliling dari melihat kandungan pada skrin.

Apabila ciri ini diaktifkan, sudut pandangan pada skrin akan menjadi sangat terhad, paparan kelihatan gelap atau kabur dari bahagian sisi. Ciri ini tersedia dalam dua tahap perlindungan iaitu tahap pertama mod standard dan tahap kedua dikenali sebagai maximum privacy protection, mengehadkan sudut lihat dengan lebih agresif untuk keselamatan maksimum.

Lebih menarik, ciri ini boleh diaktifkan secara automatik berdasarkan kepada keadaan tertentu melalui aplikasi Modes dan Routines. Ciri ini dilihat sesuai untuk digunakan pada situasi awam seperti di pengangkutan awam, tempat kerja terbuka, kafe atau tempat terdedahkan dengan risiko ‘shoulder surfing’.

ARTIKEL BERKAITAN