Close

Siri realme 16 Pro diperkenalkan – Guna cip Snapdragon 7 Gen 4, kamera 200MP dan bateri 7000mAh

Siri realme 16 Pro diperkenalkan secara rasmi hadir dengan dua pilihan model iaitu realme 16 Pro dan 16 Pro+. Tampil dengan rekaan yang lebih menarik, prestasi kamera yang dipertingkat dan juga ketahanan bateri yang lebih baik.

Dari segi rekaan, siri realme 16 Pro hadir dengan rekaan serba baru dengan sentuhan pereka terkenal dari Jepun iaitu Naoto Fukasawa. Untuk realme 16 Pro+, ia hadir dengan skrin AMOLED jenis melengkung bersaiz 6.78-inci dengan resolusi 1.5K. Turut menyokong paparan 144Hz dan kecerahan puncak sehingga 6000 nits.

Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 4 yang dipadankan dengan 12GB dan storan dalaman 512GB. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP + 50MP Telefoto Periskop + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 50MP. Dimuatkan dengan bateri 7000mAh yang menyokong pengecasan 80W SuperVOOC.

Untuk realme 16 Pro, ia hadir dengan skrin AMOLED jenis rata bersaiz 6.78-inci dengan paparan 144Hz. Dijana dengan cip Dimensity 7300 Max yang digabungkan dengan RAM 12GB dan storan dalaman 512GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 200MP + 8MP dan swafoto 50MP. Turut dimuatkan dengan kapasiti bateri dan teknologi pengecasan yang sama 7000mAh dengan SUPERVOOC 80W.

Kedua-kedua peranti menyokong sistem kamera LumaColor Image yang menawarkan pelbagai pilihan tona warna eksklusif. Selain itu, turut menyokong penarafan IP66/ IP68/IP69/IP69K dan menjalankan sistem operasi realmeUI 7.0 berasaskan Android 16.

Di India, realme 16 Pro dijual pada harga bermula sekitar ₹31,999 (RM1435), manakala untuk realme 16 Pro+ pula dijual pada harga bemula sekitar ₹39,999 (RM1795).

ARTIKEL BERKAITAN