iQOO bakal mengumumkan model baru di bawah siri iQOO 15 iaitu Ultra. Seperti namanya, peranti ini bakal hadir dengan penawaran yang lebih berkuasa berbanding model standard.
Menurut maklumat, iQOO 15 Ultra dijangka akan diperkenalkan pada Februari 2026. Walaupun tiada tarikh tepat yang dikongsi, namun ia berkemungkinan akan tiba sebelum sambutan Tahun Baru Cina. Tidak dapat dipastikan, adakah peranti ini akan turut ditawarkan secara global atau sebaliknya.

iQOO 15 Ultra bakal hadir dengan cip yang sama digunakan pada model standard iaitu Snapdragon 8 Elite Gen 5. Selain itu, ia akan dilengkapi dengan skrin 6.85-inci LTPO AMOLED, paparan 144Hz dan menyokong kecerahan puncak 6000 nits.
Model Ultra akan dimuatkan dengan sistem kipas penyejuk bersaiz besar bersama dengan shoulder button, untuk memberikan pengalaman permainan dan kawalan yang lebih baik seperti konsol. Semua ciri tersebut tidak tersedia pada model standard. iQOO 15 Ultra dilihat berpotensi untuk menjadi pesaing kepada peranti yang memfokuskan kepada permainan seperti Red Magic dan juga ROG Phone.