Close

Motorola Razr Fold diumumkan – Fon lipat ‘book-style’ pertama dari Motorola

Motorola secara rasmi memperkenalkan fon lipat baru mereka iaitu Razr Fold. Berbeza dengan siri Razr sebelum ini yang menggunakan rekaan lipat jenis ‘clamshell’.

Razr Fold merupakan fon lipat jenis book-style pertama yang ditawarkan oleh Motorola. Razr Fold hadir dengan skrin luar bersaiz 6.6-inci dan skrin dalam bersaiz 8.1-inci dengan resolusi 2K. Skrin dalam yang luar dan besar membolehkan ia menjalankan pelbagai aplikasi secara serentak sesuai untuk produktiviti dan hiburan.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto Periskop dengan 3x zum optik. Menariknya, sistem kamera ini menyokong rakaman video Dolby Vision. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 32MP untuk skrin luar dan 20MP untuk skrin dalam.

Selain itu, peranti ini turut menyokong Moto Pen Ultra stylus dan beberapa ciri AI eksklusif Motorola seperti seperti Catch Me Up dan Next Move. Tiada spesifikasi penuh yang dikongsi oleh Motorola buat masa ini.

Maklumat seperti cip pemproses, kapasiti bateri, pengecasan, harga dan ketersediaan dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN