Harga jualan untuk kenderaan elektrik (EV) Tesla kekal biarpun pengecualian cukai jalan kenderaan elektrik (EV) dan duti import bagi EV telah tamatkan pada 31 Disember 2026.
Harga jualan untuk semua model yang ditawarkan oleh Tesla kekal seperti mana harga permulaan yang diperkenalkan pada 2025. Bermaksud, harga jualan untuk Model 3 kekal pada harga bermula RM169,000, manakala Model Y pula dijual pada harga bermula RM195,450.

Harga jualan ini dapat dikekalkan kerana sokongan pelaburan berterusan syarikat dalam memperkukuh ekosistem EV di Malaysia, terutamanya dari segi infrastruktur pengecasan dan akses pelanggan di seluruh negara.

Ketika ini, Tesla mempunyai 18 stesen Supercharger dan 17 lokasi Destination Charging dengan jumlah keseluruhan 78 pengecas Supercharger dan 79 pengecas Destination Charging yang menyokong perjalanan jarak jauh serta kegunaan harian, di samping pilihan pengecasan di rumah.
Tesla turut menyatakan, lebih banyak stesen pengecasan akan dibuka dalam masa terdekat bagi untuk memastikan pengalaman pemilikan yang lebih baik dan menyeluruh kepada pengguna. Dengan pengekalan harga ini, ia bakal memberi impak positif buat Tesla dalam masa yang sama meningkatkan keyakinan pengguna dan kadar penerimaan EV secara keseluruhan.