HONOR akan turut memperkenalkan model edisi terhad iaitu RSR Porsche Design Edition untuk siri Magic8, seperti mana ditawarkan pada generasi sebelumnya.
Magic8 RSR Porsche Design akan menjadi varian paling premium dalam siri Magic8, hadir dengan rekaan dan kemasan yang mewah dan istimewa hasil kerjasama dengan syarikat automobil Porsche.

Seiring dengan ketibaan, beberapa imej awal peranti tersebut telahpun didedahkan. Menggunakan rekaan modul kamera baru berbentuk bulat menggantikan rekaan heksagon yang digunakan pada model sebelumnya. Selain itu, masih terdapat perkataan ‘Porsche Design’ yang diletakkan pada panel belakang.


Selain rekaan, hasil gambar yang diambil menggunakan HONOR Magic8 RSR turut didedahkan sekali gus memberi gambaran awal mengenai kemampuan kamera peranti itu. Dari segi spesifikasi, peranti ini bakal hadir dengan cip Snapdragon 8 Elite gen 5, bateri 7200mAh dengan pengecasan 120W.