Ciri nama pengguna atau ‘Username’ bakal tiba kepada pengguna tidak lama lagi selepas dikesan melalui Program Beta Google Play versi 2.26.1.32.
Melalui ciri ini, ia membolehkan pengguna berinteraksi atau berhubung tanpa perlu menggunakan nombor telefon. Sekali gus, menjadikan komunikasi lebih selamat dan lebih privasi. Menurut maklumat, ciri username adalah pilihan, bermaksud pengguna masih boleh memilih untuk menggunakan nombor telefon.

Selain itu, ciri ini tidak akan mendedahkan nombor telefon melainkan kedua-dua pengguna telah menyimpan nombor masing-masing dalam buku alamat. Pengguna boleh menggunakan username untuk memulakan perbualan. Pendekatan ini membantu mengurangkan kekeliruan identiti serta menjadikan username sebagai rujukan utama dalam perbualan yang tidak berkait dengan kenalan yang disimpan.
Ketibaan ciri ini bukan sahaja mengubah cara pengguna berinteraksi dalam masa yang sama menawarkan keselamatan dan lebih privasi. Ciri ini masih lagi dalam fasa ujian dan tidak dapat dipastikan bilakah ia akan tiba untuk semua pengguna.