Close

HONOR Magic8 Pro Air diumumkan – Cip Dimensity 9500, bateri 5500mAh dan berat 155 gram

Fon paling nipis dari HONOR iaitu Magic8 Pro Air telahpun diumumkan di China. Peranti ini hadir dengan spesifikasi setanding model ‘Pro’ tapi dengan rekaan yang nipis dan juga ringan.

Magic8 Pro Air hanya setebal 6.1mm dengan berat hanya 155 gram sahaja, menjadikan ia antara fon andalan paling nipis dan ringan di pasaran ketika ini. Menggunakan skrin AMOLED bersaiz 6.31-inci yang menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 6000 nits.

Dikuasakan dengan cip Dimensity 9500 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB LDPPR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.1. Magic8 Pro Air dilengkapi dengan sistem tiga kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 64MP Telefoto Periskop + 50MP Ultra Lebar dan swafoto 50MP.

Dimuatkan dengan bateri 5500mAh yang menggunakan teknologi silicon-carbon (Si-C) anode, menyokong pengecasan pantas 80W berwayar dan 50W tanpa wayar. Spesifikasi lain yang turut ditawarkan seperti penarafan IP68/IP69, pembesar suara jenis stereo, pengimbas cap jari bawah skrin dan menjalankan MagicOS 10 berasaskan Android 16.

Di China, HONOR Magic8 Pro Air dijual pada harga bermula sekitar CNY4999 (RM2906) dan mencapai sehingga CNY5999 (RM3487). Ditawarkan dengan empat pilihan warna Shadow Black, Fairy Purple, Feather White dan Light Orange.

ARTIKEL BERKAITAN