Close

HONOR Magic8 RSR Porsche Design turut diumumkan – Cip Snapdragon 8 Elite Gen 5, bateri 7200mAh dan kamera 200MP

Selain Magic8 Pro Air, HONOR turut memperkenalkan model edisi khas iaitu Magic8 RSR Porsche Design. Berbeza dengan model standard, Magic8 RSR Porsche Design tampil dengan rekaan dan kemasan yang mewah dan istimewa.

Magic8 RSR Porsche Design tampil dengan rekaan yang berbeza perubahan ketara pada modul kamera baru yang diinspirasikan daripada lampu hadapan matriks Porsche klasik. Selain itu, ia menggunakan kemasan nano-seramik pada panel belakang menjadikan ia 10% lebih ringan berbanding model sebelumnya.

Dilengkapi dengan skrin OLED LTPO bersaiz 6.71-inci dengan paparan 120Hz. Turut menyokong kecerahan puncak 6000 nits untuk HDR dan dilindungi dengan Giant Rhino Glass. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dipadankan dengan 24GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB.

Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Ultra Lebar + 200MP Telefoto dengan 3x zum optik dan 100x zum digital. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 50MP yang dipadan dengan sensor 3D deep sensing.

Dimuatkan dengan bateri 7200mAh yang menyokong pengecasan 120W berwayar dan 80W tanpa wayar. Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti penarafan IP68/IP69/IP69K, pengimbas cap jari bawah skrin, NFC, IR Blaster, Bluetooth 6.0 dan menjalankan MagicOS 10 yang berasaskan kepada Android 16. Selain itu, ia turut hadir dengan butang tambahan untuk akses pantas kamera dan juga kit kamera.

Untuk pasaran China, HONOR Magic8 RSR Porsche Design ditawarkan dengan dua pilihan warna eksklusif iaitu Moonstone dan Slate Gray. Dari segi harga jualan, ia dijual pada harga sekitar CNY 7999 (RM4652) untuk 16GB + 512GB dan CNY8999 (RM5233) untuk 24GB + 1TB.

ARTIKEL BERKAITAN