Close

ASUS tinggalkan pasaran telefon pintar – Fokus kepada teknologi AI

ASUS mengesahkan mereka tidak merancang untuk memperkenalkan fon baru pada tahun ini, perkara tersebut dikongsi oleh pengerusi ASUS iaitu Jonney Shih.

Keputusan tersebut melibatkan semua siri termasuk Zenfone dan juga ROG Phone. Bermaksud, tiada model Zenfone dan siri ROG Phone akan diperkenalkan. Sebelum ini, telah ada laporan mendedahkan ASUS merancang untuk meninggalkan pasaran telefon pintar.

Keputusan tersebut menyaksikan ASUS akanmemfokuskan kepada penyelidikan serta pembangunan PC komersial dan perkakasan AI seperti teknologi robotik dan kaca mata pintar. Selain itu, kekurangan bekalan memori global dikatakan mempengaruhi keputusan tersebut.

Walau bagaimanapun, sokongan seperti penyelenggaraan, naik taraf perisian dan perkhidmatan jaminan untuk peranti sedia ada tidak akan terjejas. Sebagai rekod, Zenfone 12 Ultra dan siri ROG Phone 9 merupakan model terakhir yang diperkenalkan oleh ASUS.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN