Apple merancang untuk menukar pembantu maya mereka iaitu Siri menjadi chatbot serba boleh melalui kemas kini iOS 27.
Menurut laporan, Apple merancang rombakan semula untuk Siri dan menjadikan ia sebagai chatbot. Projek chatbot tersebut telah dikesan dengan nama ‘Campos’ dan bakal menggantikan Siri sedia ada.

Siri versi baru ini tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada teknologi lama dari Apple. Sebaliknya, ia akan dikuasakan melalui model tersuai yang berasaskan kepada Google Gemini. Mampu melakukan tugasan yang lebih kompleks dan perbualan bahasa yang lebih semula jadi, tawar interaksi melalui suara dan teks.
Selain itu, Siri versi baru ini akan diintegrasikan secara mendalam dalam ekosistem aplikasi Apple, membolehkannya mengakses kandungan dalam aplikasi untuk melaksanakan arahan dengan lebih lancar.
Berbeza dengan chatbot lain, Siri versi baru tidak menyokong ciri memori berterusan untuk mengingati setiap butiran pengguna bagi tempoh lama, Apple mungkin mengehadkan fungsi ini bagi memastikan data peribadi pengguna tidak disalah gunakan atau disimpan secara kekal di awan.
Siri versi baru ini dijangka akan diumumkan pada acara WWDC 2026 yang akan berlangsung sekitar Jun tahun ini.