Close

Google One Lite kini tersedia di Malaysia – RM3.50 sebulan untuk 30GB storan

Pelan storan mampu milik dari Google iaitu One Lite kini ditawarkan di Malaysia. Sebelum ini, pelan tersebut hanya tersedia di beberapa negara seperti India, Indonesia, Brazil dan Mexico.

Google One Lite ditawarkan dengan harga langganan RM3.50 untuk sebulan dan RM350 untuk setahun. Walau bagaimanapun, langganan ini hanya menawarkan storan tambahan sahaja 30GB, boleh digunakan untuk Google Drive, Google Photos dan Gmail.

Tidak seperti pelan langganan yang lain, Google One Lite tidak menyokong ciri suntingan Google Photos atau perkongsian keluarga.

Seiring dengan penawarannya di Malaysia, Google menawarkan harga pengenalan RM0.90 sebulan untuk tiga bulan pertama. Untuk langganan tahunan, harga pengenalan yang ditawarkan RM29.99 setahun bagi tahun pertama dan RM35 setahun bagi tahun seterusnya.

ARTIKEL BERKAITAN