Close

Sony LinkBuds Clip kini rasmi di Malaysia dengan harga RM899

Sony secara rasmi memperkenalkan TWS baru ke pasaran tempatan melalui model LinkBuds Clip. TWS ini adalah jenis open-ear dan tampil dengan pendekatan yang berbeza dengan rekaan yang unik seperti subang.

LinkBuds Clip atau nombor modelnya WC-LF900, hadir dengan rekaan open-ear berbeza dengan TWS jenis konvensional. Cara pemakaian TWS sedikit berbeza, dipasang pada cuping telinga yang membolehkan pengguna menikmati muzik sambil kekal peka dengan persekitaran sekeliling.

LinkBuds Clip dilengkapi dengan pemacu audio 10mm dan menawarkan tiga mod audio iaitu Voice Boost, Standard dan Sound Leakage Reduction. Terdapat juga mikrofon terbina yang menggunakan teknologi konduksi tulang dan sistem ANC yang berasaskan AI, memastikan suara kekal jelas walaupun dalam keadaan bising.

Spesifikasi atau ciri yang turut disokonga oleh TWS ini adalah seperti DSEE (Digital Sound Enhancement Engine), 360 Reality Audio, 10-band EQ, IPX4 dan juga sambungan sehingga dua peranti serentak. TWS ini mampu bertahan sehingga 9 jam penggunaan untuk sekali cas dan mencapai sehingga 37 jam penggunaan dengan bekas pengecas.

Sony LinkBuds Clip ditawarkan di Malaysia pada harga RM899 dan tersedia dalam empat pilihan warna iaitu Hitam, Hijau, Lavender dan Greige.

ARTIKEL BERKAITAN