Aplikasi media sosial dari Meta iaitu Threads akan menyokong iklan bermula minggu depan.

Sokongan iklan pada Threads akan tiba secara berperingkat dan akan diperluaskan kepada semua pengguna secara global. Iklan ini dikuasakan oleh sistem pengiklanan berasaskan AI Meta yang menawarkan pengalaman sama seperti iklan di Facebook dan Instagram.
Format iklan seperti imej, video, katalog dan carousel akan dipaparkan secara semula jadi pada bahagian feed, membantu jenama menjangkau lebih ramai pengguna merentasi ekosistem aplikasi Meta. Selain itu, Meta bakal menambah baik ciri iklan termasuk pengurusan akaun yang lebih mudah, lebih banyak format iklan yang akan disokong, serta pengesahan jenama dari pihak ketiga.
Threads yang diperkenalkan sebagai aplikasi alternatif dan pesaing kepada platform X yang dulu dikenali sebagai Twitter kini mempunyai lebih dari 400 juta pengguna aktif bulanan.