Close

Pos Malaysia perkenalkan Zelos Z10 – Kenderaan logistik tanpa pemandu

Pos Malaysia mengumumkan projek perintis kenderaan logistik autonomi, sekali gus menjadikan ia syarikat logistik pertama dan terawal di Malaysia menggunakan kenderaan autonomi (AV).

Pos Malaysia bekerjasama dengan Autonomous Logistic Solutions (ALS) dan dilaksanakan menerusi projek Proof-of-Concept (POC) yang akan berlangsung selama enam bulan. Teras utama projek perintis ini adalah Zelos Z10, sebuah kenderaan autonomi tahap 4 yang dilengkapi dengan pelbagai sensor canggih seperti LiDAR, kamera lampu isyarat, kamera pengawasan dan lain-lain.

Semua data yang diperolehi dari sensor ini akan distrim secara langsung ke papan pemuka berasaskan web, membolehkan pasukan kawalan memantau operasi kenderaan secara masa nyata dan bersedia mengambil alih sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Fasa pertama dijalankan sepenuhnya dalam fasiliti Pos Malaysia yang memfokuskan kepada beberapa perkara seperti pengesahan aliran operasi, kebolehlaksanaan serta aspek keselamatan. Manakala fasa kedua pula, ia akan melibatkan operasi terkawal di jalan awam.

Ketibaan projek perintis ini dilihat selari dengan agenda dan usaha Pos Malaysia untuk membina ekosistem logistik yang lebih pintar, hijau dan cekap. Ketika ini, Pos Malaysia telahpun mempunyai lebih 1500 kenderaan elektrik, termasuk motosikal dan van elektrik.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN