Close

Samsung Galaxy A07 5G kini boleh dibeli di Malaysia dengan harga bermula RM699

Samsung Galaxy A07 5G kini boleh dibeli di Malaysia dan boleh dibeli secara terbuka melalui laman web rasmi Samsung Malaysia.

Samsung Galaxy A07 5G merupakan peranti kelas asas pertengahan. Hadir dengan peningkatan spesifikasi yang lebih baik dan menyokong kemas kini yang lebih panjang.

Peranti ini dilengkapi dengan skrin LCD bersaiz 6.7-inci dengan resolusi HD+ dan menyokong paparan 120Hz. Dijana dengan cip Mediatek Dimensity 6300 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP dan swafoto 8MP. Dimuatkan dengan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan melalui USB-C. Berbeza dengan model sebelumnya, Galaxy A07 5G menyokong kemas kini yang lebih panjang iaitu 6 untuk Android dan keselamatan.

Selain itu, peranti ini turut menyokong penarafan IP54, bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan menjalankan sistem operasi One UI 8.0 berasaskan Android 16.

Samsung Galaxy A07 5G dengan harga bermula RM699 untuk 8+128GB dan RM949 untuk 8+256GB. Ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Light Green, Light Violet dan Black.

ARTIKEL BERKAITAN