Close

iPhone 18 tidak akan diperkenalkan pada tahun ini

Ketiadaan iPhone 18 untuk tahun ini boleh dikatakan hampir pasti, selepas terdapat laporan mendedahkan model tersebut tidak akan tiba pada 2026.

Menurut Nikkei Asia, iPhone 18 tidak akan diperkenalkan pada September tahun ini. Sebaliknya, model tersebut dijangka akan tiba pada separuh pertama tahun 2027.

Apple akan mengutamakan pengeluaran model iPhone 18 Pro, iPhone 18 Pro Max dan iPhone Fold untuk pelancaran pada tahun ini. Perubahan ini dikatakan untuk mengoptimumkan bekalan cip memori dan memaksimumkan keuntungan untuk model Pro.

Sebelum ini, telah ada laporan mendedahkan yang Apple akan memisahkan pelancaran siri iPhone 18 kepada dua fasa. Perubahan kepada dua fasa pelancaran dikatakan dapat mengurangkan tekanan kepada operasi Apple, pemasaran dan juga kejuruteraaan.

ARTIKEL BERKAITAN