Close

Google kongsi jumlah pengguna Android 16 di seluruh dunia

Google secara rasmi berkongsi data berkenaan jumlah pengguna Android 16 di seluruh dunia. Android 16 merupakan sistem operasi terbaru dari Google dan telahpun tersedia untuk pelbagai peranti.

Menurut data Google, setakat penghujung tahun 2025 pengguna Android 16 telah mencapai 7.5%. Walaupun jumlah ini dilihat masih lagi rendah, namun ia menunjukkan peningkatan yang stabil berikutan ekosistem Android digunakan pada pelbagai pengeluar dan peranti.

Android 15 menjadi versi paling banyak digunakan ketika ini dengan 19.3% dan diikuti oleh Android 14 dengan 17.2%. Data menarik, pengguna Android 10 adalah lebih tinggi dengan 7.8% jika dibandingkan dengan Android 16.

Seperti yang kita tahu, kemas kini Android bergantung kepada pengeluar peranti. Pengeluar memerlukan masa untuk menyesuaikan sistem operasi terbaru dengan antara muka sendiri sebelum ia tersedia kepada pengguna.

Walau bagaimanapun, peratusan pengguna Android 16 dijangka akan terus meningkat dari masa ke semasa. Trend kemas kini yang lebih panjang yang ditawarkan oleh pengeluar bakal menyumbang kepada peningkatan Android 16 di seluruh dunia.

ARTIKEL BERKAITAN