Selepas iPhone Fold, Apple berkemungkinan akan memperkenalkan fon lipat kedua iaitu iPhone Flip yang menggunakan lipatan jenis clamshell.

Menurut laporan, Apple dilaporkan sedang menguji prototaip iPhone dengan rekaan segi empat sama yang boleh dilipat secara kompak. Model ini menggunakan rekaan mirip seperti model flip yang lain seperti Galaxy Z Flip atau Xiaomi Mix Flip.

Walau bagaimanapun, ketibaan iPhone Flip dikatakan bergantung kepada permintaan atau sambutan iPhone Fold yang dijangka tiba pada tahun ini. Sekiranya iPhone Fold mendapat permintaan yang tinggi ketibaan iPhone Flip mungkin menjadi realiti.
— Luca (@lucaisdesigning) December 26, 2025
Namun begitu, iPhone Flip mungkin kekal menjadi prototaip atau dibatalkan sekiranya tidak menepati piawaian kualiti atau ketahanan yang ditetapkan oleh Apple.
Sekiranya laporan ini tepat, ia menunjukkan Apple sedia untuk bersaing secara menyeluruh dalam segmen fon lipat.