Close

Apple kini mempunyai 2.5 billion pengguna aktif di seluruh dunia

Pengguna aktif untuk peranti Apple kini mencapai 2.5 billion di seluruh dunia. Perkara tersebut didedahkan melalui laporan kewangan syarikat untuk 2026 yang berakhir pada 27 Disember 2025.

Berdasarkan kepada laporan kewangan untuk suku pertama fiskal 2026, Apple berjaya mencatatkan hasil tahunan sebanyak $143.8 bilion, peningkatan sebanyak 16% berbanding tahun sebelumnya. Menjadikan ia sebagai pencapaian terbaik yang pernah direkodkan oleh Apple.

Sebagai perbandingan, tahun lalu Apple hanya mempunyai 2.35 billion pengguna aktif di seluruh dunia. Peningkatan ini membuktikan siri iPhone 17 menerima permintaan yang sangat baik di pasaran global. Perkhidmatan digital turut menyumbang kepada hasil tahunan Apple mencatat rekod baru dengan peningkatan 14% berbanding tahun lalu.

Perkhidmatan digital dijangka akan terus meningkat selepas Apple memperkenalkan Creator Studio, pakej langganan aplikasi kreatif yang ditawarkan dengan harga yang menarik dan boleh dilanggan secara bulanan dan juga tahunan.

ARTIKEL BERKAITAN