Sebelum ini, telah ada laporan mendedahkan Galaxy S26 Ultra akan diperkenalkan pada 25 Februari ini. Terkini, maklumat mengenai spesifikasi peranti tersebut turut tertiris.

Galaxy S26 Ultra hadir dengan beberapa perubahan pada rekaan. Tiada lagi rekaan ‘floating camera’ sebaliknya diganti dengan rekaan ‘camera island’ yang mirip seperti Galaxy Z Fold7. Selain itu, rekaan sisi kini sedikit lebih bulat berbanding model sebelumnya.

Menggunakan skrin Dynamic AMOLED 2X bersaiz 6.9-inci dengan teknologi Privacy Display. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5, bateri 5000mAh dan menyokong pengecasan yang lebih pantas 60W berbanding 45W pada generasi sebelumnya.
Dilengkapi dengan kamera utama 200MP dengan f/1.4 + 50MP Ultra dengan 5x zum + 10MP Telefoto dengan 3x zum. Untuk swafoto kekal dengan sensor 12MP. Galaxy S26 Ultra mungkin tiba dengan empat pilihan warna iaitu black shadow, white shadow, glaciar blue dan cobalt violet.