Close

Log masuk aplikasi MyJPJ guna MyDigital ID ditangguh ke 1 Mac 2026

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui Facebook rasmi mengumumkan perlaksanaan log masuk menggunakan MyDigital ID akan ditangguh ke 1 Mac 2026.

Sebelum ini, JPJ menyatakan yang MyDigital ID akan menggantikan log masuk sedia ada bermula 1 Februari 2026. Namun begitu, perlaksanaan tersebut ditangguhkan ke 1 Mac 2026 dan sebab utama penangguhan tersebut tidak dinyatakan.

Log masuk tunggal MyDigital ID hanya terpakai untuk pengguna berumur 18 tahun ke atas. Sementara untuk pengguna di bawah 18 tahun dan pemegang kad MyPR masih boleh menggunakan keadah log masuk sedia ada melalui pautan khas.

Buat yang tidak mengetahui, MyDigital ID merupakan sistem pengesahan pengenalan diri digital yang diwujudkan untuk keselamatan dan kecekapan urusan dalam talian.

ARTIKEL BERKAITAN