Close

Google menjadualkan acara pelancaran Pixel 10a pada 18 Februari ni

Google secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran untuk Pixel 10a iaitu pada 18 Februari 2026.

Seiring dengan ketibaannya, Google turut berkongsi video rasmi peranti tersebut yang berdurasi 15 saat. Melalui video tersebut memperlihatkan Pixel 10a hadir dengan rekaan yang hampir sama seperti model sebelumnya.

Tiada maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi, namun peranti ini dijangka hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.28-inci, paparan 120Hz, kamera utama 48MP dan bateri 5100mAh. Untuk prestasi, peranti ini berkemungkinan hadir dengan cip Tensor G4, sama seperti pada Pixel 9a.

Pixel 10a dijangka hadir dengan empat pilihan warna iaitu Lavender, Fog, Berry dan Obsidian. Seperti biasa, maklumat lebih tepat mengenai peranti ini hanya akan diketahui pada hari pelancarannya kelak. Jadi, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN