iQOO 15 Ultra secara rasmi diumumkan, merupakan model pertamadari iQOO yang dilengkapi dengan sistem kipas penyejuk dan model paling premium dalam siri iQOO 15.

iQOO 15 Ultra hadir dengan skrin LTPO OLED bersaiz 6.85-inci dengan paparan 144Hz. Menggunakan panel Samsung M14 dengan paparan 2600 nits dan menyokong Dolby Vision. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 bersama cip gaming Q3 dengan konfigurasi memori 24GB LPDDR5X dan storan dalaman 1TB UFS 4.1.

Perkara menarik, model ini hadir dengan sistem penyejuk khas ‘Ice Dome’ bersaiz 17x17mm untuk memastikan prestasi kekal stabil ketika bermain permainan berat. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan shoulder trigger dan lampu RGB yang terletak dibahagian modul kamera.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Telefoto + 50MP Ultra Lebar dan kamera swafoto 32MP. Dimuatkan dengan bateri 7400mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W berwayar dan 40W tanpa wayar.

Spesifikasi lain yang turut dimuatkan seperti penarafan IP68/IP69, NFC, IR Blaster dan menjalankan sistem operasi Android 16. Di China, iQOO 15 Ultra dijual pada harga bermula CNY5700 (RM3211).