Close

Samsung tamatkan sokongan kemas kini untuk Galaxy S21, S21+ dan S21 Ultra

Samsung mengumumkan penamatan sokongan kemas kini untuk tiga model andalan popular mereka iaitu Galaxy S21, Galaxy S21+ dan Galaxy S21 Ultra.

Ketiga-tiga model ini diperkenalkan pada 2021 dengan jaminan kemas kini yang ditawarkan oleh Samsung adalah 4 tahun untuk Android dan 5 tahun untuk keselamatan. Tempoh tersebut kini telahpun berakhir, bermakna ketiga-tiga peranti ini tidak akan menerima sebarang kemas kini Android dan keselamatan selepas ini.

Walaupun peranti andalan Samsung ketika ini menyokong kemas kini sehingga 7 tahun, namun polisi tersebut tidak terpakai pada ketiga-tiga model kerana diperkenalkan selepas model tersebut dilancarkan.

Namun begitu, peranti ini masih lagi boleh digunakan seperti biasa tetapi mungkin terdedahkan kepada risiko keselamatan seperti pepijat dan sebagainya. Berikutan itu, pengguna digalakkan menaik taraf ke peranti baru sekiranya anda mementingkan keselamatan data dan kemas kini perisian.

ARTIKEL BERKAITAN