Close

4 perkara menarik pada Samsung Galaxy Buds4 Pro

Galaxy Buds4 Pro telahpun diumumkan sebagai pengganti kepada model sebelumnya. TWS ini tampil dengan peningkatan yang berbeza secara keseluruhan bersama identiti yang lebih moden serta lebih premium.

Rekaan yang berbeza

Salah satu perubahan paling ketara pada Galaxy Buds4 Pro adalah pada rekaan. Hadir dengan rekaan dan identiti yang berbeza, rekaan ini dipanggil “Buds blade design”. Menariknya, rekaan ini dihasilkan melalui data yang telah dianalisis dari seluruh dunia dengan lebih dari 10,000 simulasi telah dibuat untuk mendapatkan bentuk yang lebih ergonomik.

Berbeza dengan Galaxy Buds4, model Pro menggunakan konsep rekaan canal-fit yang lebih sesuai untuk pengguna yang mahukan bunyi lebih baik, prestasi audio lebih berkualiti dan fungsi premium lengkap. Secara keseluruhan, rekaan ini memberi keselesaan yang lebih baik dan stabil untuk penggunaan jangka masa panjang.

TWS ini turut menyokong kawalan melalui pinch control pada bahagian “blade” untuk memudahkan pengguna mengawal fungsi melalui sentuhan. Untuk menjadi buds nampak lebih mewah, Samsung menggunakan, kemasan premium berasaskan logam pada bahagian tersebut.

Bekas pengecas menggunakan kini menggunakan rekaan clamshell-style cradle dengan kemasan lut sinar, rekaan ini bukan sahaja memudahkan penyimpanan dan pengecasan, malah menonjolkan rekaan TWS ini yang premium.

Kualiti audio dipertingkat

Galaxy Buds4 Pro dilengkapi dengan sistem 2-way speaker yang menggabungkan Woofer baru yang lebih lebar 11mm dan juga Tweeter untuk treble. Sistem 2-way speaker yang membolehkan peranti menghasilkan audio yang lebih semula jadi, bass yang lebih bersih, serta treble yang lebih kaya.

Rekaan ini membawakan peningkatan yang efektif pada bahagian speaker sekitar 20% berbanding generasi sebelumnya, tanpa menjejaskan keselesaan ketika menggunakannya. Dilengkapi dengan tiga mikrofon terbina bersama sokongan audio 24-bit Hi-Fi dan 360 Audio dengan Direct Multi-Channel, namun bergantung kepada peranti Galaxy dan versi One UI.

Sokongan ini menjadikannya sesuai untuk pengguna yang mahukan pengalaman audio beresolusi tinggi. Selain itu, turut menyokong pelbagai codec termasuk HiFi/SSC UHQ/AAC/SBC/LC3 dan Auracast. Dengan semua peningkatan ini, Galaxy Buds4 Pro mampu menghasilkan butiran bunyi yang lebih jelas, termasuk bunyi instrumen halus seperti violin.

ANC lebih pintar

Samsung membawakan sokongan Active Noise Cancellation (ANC) yang lebih pintar melalui Enhanced Adaptive ANC danAdaptive EQ. Melaluinya, ia membolehkan peranti menyesuaikan bunyi secara masa nyata berdasarkan bentuk telinga untuk memberikan pengalaman audio yang lebih optimum mengikut individu.

Selain itu, keupayaan ANC kini lebih berkesan dalam menapis bunyi frekuensi rendah seperti enjin bas, kereta api atau kapal terbang sambil mengekalkan keseimbangan audio. Secara ringkas, Galaxy Buds4 Pro bukan sekadar menapis bunyi, tetapi turut menyesuaikan prestasi bunyi dan ANC berdasarkan situasi sebenar.

Ciri baru menarik

Samsung membawakan ciri baru iaitu head gesture control, melaluinya ia embolehkan pengguna mengurus panggilan dan berinteraksi dengan pembantu maya dengan lebih mudah melalui pergerakan kepala tertentu, menjadikan pengalaman penggunaan lebih baik.

Terdapat juga ciri super clear call untuk menawarkan panggilan suara yang lebih baik. Menurut Samsung, ciri ini adalah dua kali gandalebih baik berbanding panggilan Bluetooth biasa, membolehkan suara pengguna kedengaran lebih jelas walaupun berada dalam persekitaran bising seperti stadium, restoran atau taman permainan.

Selain itu, Samsung turut mengintergrasikan kemampuan AI yang lebih mendalam pada Galaxy Buds4 Pro. Melaluinya, Samsung menawarkan beberapa ejen AI yang boleh diaktifkan oleh pengguna. Antara ejen AI yang ditawarkan adalah seperti Bixby, Google Gemini atau Perplexity.

Dengan sokongan ini, ia memberikan pengalaman AI yang lebih lancar dengan pengguna boleh mengakses fungsi tertentu secara terus melalui peranti ketika melakukan aktiviti harian. Samsung juga menambah baik proses sambungan dalam ekosistem Galaxy tidak lagi perlu memasang aplikasi Galaxy Wearable.

ARTIKEL BERKAITAN