Close

iPhone kini lebih mudah digodam – Ini yang perlu anda tahu tentang serangan DarkSword

Eksploitasi iPhone yang dikenali sebagai DarkSword kini berpotensi untuk digunakan secara meluas selepas versi kit tersebut telah didedahkan secara terbuka di laman perkongsian GitHub.

Perkongsian tersebut memudahkan penggodam biasa atau penjenayah siber melakukan serangan kepada pengguna iPhone atau iPad. Sebelum ini, kemampuan untuk mengeksploitasi peranti Apple hanya boleh dilakukan oleh agensi perisikan negara atau penggodam elit.

Menurut penyelidik iVerify, eksploit tersebut boleh berfungsi secara terus tanpa memerlukan sebarang kepakaran mendalam tentang iOS. DarkSword menyasarkan pengguna iPhone yang menjalankan iOS versi lama atau yang belum dikemas kini ke versi terkini. Pengguna yang menjalankan iOS versi lama kini terdedah kepada risiko data peribadi dicuri dan spyware.

Berikutan dari itu, Apple telahpun melepaskan tampalan keselamatan untuk masalah tersebut dan mengingatkan pengguna mengemas kini perisian adalah langkah paling penting untuk memastikan keselamatan data dan peranti.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN