Close

HONOR sahkan ketibaan model baru di Malaysia

HONOR Malaysia berkongsi beberapa maklumat mengenai ketibaan peranti baru yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Melalui perkongsian tersebut, memperlihatkan peranti ia hadir dengan rekaan skrin dan sisi jenis rata bersama pilihan warna jingga. Turut dapat dilihat, ia menggunakan kemasan jenis kesat untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik.

Selain itu, peranti ini akan turut dilengkapi dengan kemampuan kamera yang lebih baik dan menyokong butang tambahan AI. Sekaligus, memberikan gambaran peranti ini akan hadir dengan pelbagai ciri yang diintegrasi dengan AI.

Malangnya, nama peranti dan ketibaan peranti ini masih belum didedahkan oleh HONOR Malaysia. Kita mungkin boleh menjangkakan, maklumat tersebut akan dikongsi dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN