HUAWEI secara rasmi mengesahkan ketibaan peranti baru pada 21 April ini. Peranti yang akan diperkenalkan adalah sebuah tablet kompak yang dipanggil sebagai HUAWEI MatePada Mini.

MatePad Mini bakal hadir dengan skrin Flexible OLED PaperMatte bersaiz 8.8-inci, menjanjikan pengalaman visual yang baik. Peranti ini turut menyokong HUAWEI M-Pencil Pro untuk membolehkan ia digunakan bersama aplikasi HUAWEI Notes dan GoPaint.

HUAWEI MatePad Mini tampil dengan rekaan yang nipis dengan 5.2mm dan ringan dengan 260 gram sahaja. Dengan rekaan yang nipis dan ringan ia menjadikan peranti mudah dan sesuai untuk digunakan pada pelbagai keadaan.

Seiring dengan ketibaan, HUAWEI telahpun membuka pra-tempahan dengan deposit RM100. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM2014. Selain tablet, HUAWEI akan turut memperkenalkan Watch GT Runner 2.