Close

Pelaksanaan sekatan media sosial untuk kanak-kanak dijangka bermula Jun 2026

Perlaksanaan sekatan media sosial untuk kanak-kanak bawah umur 16 dijangka akan bermula Jun 2026.

Menteri Komunikasi iaitu Datuk Fahmi Fadzil menyatakan, sekatan tersebut dijangka akan dilaksanakan sekitar penghujung Jun ini dan ia tertakluk kepada penelitian akhir.

Ketika ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang melakukan regulatory sandbox dengan plaform media sosial untuk mengenal pasti mekanisme perlaksanaan sekatan yang sesuai.

Beberapa platform media sosial telah menyatakan ketersediaan untuk melaksanakan sekatan dengan hasil perbincangan tersebut akan dibentangkan dalam masa terdekat sebelum keputusan dimuktamadkan.

Malaysia akan menggunakan pendekatan yang berbeza daripada Model Age Assurance yang digunakan di Australia, dengan Malaysia akan menggunakan MyKad sebagai elemen keselamatan tambahan untuk pengesahan identiti dan umur pengguna.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN