Close

Xiaomi 18 Pro mungkin hadir dengan butang khas untuk AI

Xiaomi 18 Pro berkemungkinan hadir dengan sesuatu yang menarik dan berbeza berbanding peranti andalan yang pernah diperkenalkan.

Menurut laporan, Xiaomi 18 Pro akan memfokuskan kepada AI dan apa yang lebih menarik terdapat butang tambahan khas untuk AI. Butang tersebut akan diletakkan di bahagian sisi peranti dan ianya boleh disesuaikan untuk beberapa fungsi lain.

Antara fungsi yang mungkin disokong oleh butang ini adalah akses pantas untuk AI, kawal peranti rumah pintar dan interaksi dengan ekosistem Xiaomi termasuk EV. Selain itu, laporan lain mendedahkan terdapatnya “AI-powered smart window” yang merujuk kepada fungsi AI tambahan yang akan dipaparkan pada skrin belakang.

Untuk spesifikasi, Xiaomi 18 Pro dikatakan hadir dengan skrin bersaiz 6.3-inci, bateri 7000mAh, kamera 200MP dan menyokong penarafan yang lebih baik.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN