Close

Redmi A7 Pro tiba di Malaysia dengan harga bermula RM399

Redmi memperkenalkan peranti baru iaitu A7 Pro, merupakan peranti kelas asas dengan spesifikasi menarik dan ditawarkan pada harga mampu milik.

Redmi A7 Pro hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.9-inci dengan paparan 120Hz dan kecerahan puncah sehingga 800 nits. Dikuasakan dengan cip Unisoc T7250 yang dipadankan dengan 4GB RAM dan storan dalaman sehingga 128GB. Peranti ini hanya setebal 8.15mm dan berat hanya 208 gram sahaja.

Untuk fotografi, peranti ini menggunakan tetapan kamera tunggal dengan sensor 13MP belakang dan 8MP untuk swafoto. Dimuatkan dengan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan 15W melalui USB-C.

Spesifikasi lain yang turut hadir seperti pengimbas cap jari pada butang kuasa, Bluetooth 5.2, bicu audio 3.5mm, NFC dan menjalankan sistem operasi HyperOS 3. Di Malaysia, Redmi A7 Pro dijual pada harga bermula RM399 untuk 4GB + 64GB dan RM499 untuk 4GB + 128GB.

ARTIKEL BERKAITAN