Apple telahpun mengumumkan John Ternus sebagai CEO baru bagi menggantikan Tim Cook.
Buat yang tidak mengetahui, John Ternus merupakan Naib Presiden Kejuruteraan Perkakasan Apple. Mula menyertai Apple pada tahun 2001 dan pernah mengetuai pasukan reka bentuk iPhone, iPad dan juga Mac. John Ternus akan mengambil alih tugas sebagai CEO bermula 1 September ini.

Sebagai rekod, Tim Cook menggantikan Steve Jobs pada 2011 dan telah menerajui Apple selama 15 tahun. Tim Cook berjaya menjadikan Apple sebagai syarikat pertama mencapai nilai pasaran $1 trilion pada 2018, menjadikan Apple sebagai syarikat paling stabil dan menguntungkan di dunia.
Walau bagaimanapun, Tim Cook tidak meninggalkan Apple sepenuhnya sebaliknya beliau akan beralih ke posisi baru iaitu Executive Chairman yang akan menyumbang dalam aspek strategik dan hubungan global syarikat.
Perlantikan ini bakal menyaksikan perubahan hala tuju Apple dalam menghadapi era teknologi yang semakin kompetitif. Persoalannya, adakah John Ternus mampu mencipta gelombang inovasi baru yang akan menentukan masa depan Apple atau sebaliknya.