HUAWEI Malaysia secara rasmi memperkenalkan tablet baru mereka iaitu MatePad Mini. Seperti namanya, tablet ini memfokuskan kepada rekaan yang kompak.

HUAWEI MatePad Mini dilengkapi dengan skrin Flexible OLED PaperMatte bersaiz 8.8-inci dengan resolusi 2560×1600. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 1800 nits. Peranti ini hadir dengan rekaan yang nipis dan juga ringan, hanya setebal 5.2mm dan berat hanya sekitar 260gram sahaja.

Tiada maklumat mengenai cip yang dikongsi oleh HUAWEI, namun peranti ini hadir dengan konfigurasi memori 12GB untuk RAM dan 256GB untuk storan dalaman. Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar dan 32MP untuk swafoto.

Dimuatkan dengan bateri 6400mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W. Seperti tablet HUAWEI yang lain, MatePad Mini turut menyokong HUAWEI M-Pencil Pro membolehkan ia digunakan bersama aplikasi HUAWEI Notes dan GoPaint. Selain itu, ia turut menyokong pelbagai ciri yang dikuasakan oleh AI seperti AI handwriting dan AI equation.

Spesifikasi yang turut dimuatkan pada peranti ini seperti dua pembesar suara, dua mikrofon terbina, Bluetooth 5,2, WiFi 7, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan menjalankan sistem operasi HarmonyOS 4.3.

Di Malaysia, HUAWEI MatePad Mini dijual pada harga RM2399 untuk 12GB + 256GB. Setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM2014.