Close

OPPO Find X9s turut tiba di Malaysia dengan harga RM3899

OPPO turut mengumumkan ketibaan Find X9s, merupakan model keempat dalam siri Find X9. Peranti ini hadir dengan pakej menarik dengan kapasiti bateri yang besar dan sistem kamera dari Hasselblad.

OPPO Find X9s hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.59-inci dengan paparan 120Hz dan kecerahan puncak 3600 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 9500s yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 512GB.

Untuk fotografi, OPPO Find X9s ini dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto dan swafoto 32MP. Kemampuan kamera ini turut dibantu dengan sistem kamera Hasselblad dan menyokong mod Hasselblad Master. Untuk video, setiap sensor menyokong rakaman video 4K 60fps dengan Dolby Vision HDR.

Dimuatkan dengan bateri 7025mAh yang menggunakan teknologi silikon karbon dan menyokong pengecasan pantas 80W SuperVOOC. Bagi spesifikasi lain, peranti ini hadir dengan pengimbas cap jari ultrsonik bawah skrin, penarafan IP66, IP68 dan IP69, NFC, WiFi 7 dan Bluetooth 6.1.

Peranti ini menjalankan sistem operasi ColorOS 16 dengan pelbagai fungsi AI seperti AI Menu Translation, AI Bill Manager, AI Motion Photo Popout, AI Mind Pilot dan Live Space.

OPPO Find X9s dijual pada harga RM3899 untuk 12GB + 512GB. Terdapat tiga pilihan warna iaitu Midnight GreySunset Orange, dan Lavender Sky. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula 21 April hingga 7 Mei dengan tawaran rebat RM300 dan hadiah eksklusif.

ARTIKEL BERKAITAN