Intel mengumumkan ketersedian komputer riba yang dikuasakan dengan cip pemproses terbaru iaitu Intel Core Ultra Series 3 di pasaran tempatan. Barisan cip generasi baru ini menjanjikan pelbagai peningkatan yang lebih baik merangkumi prestasi grafik dan kecekapan tenaga.

Cip pemproses ini dibina menggunakan teknologi Intel 18A dengan seni baru yang mengoptimumkan prestasi CPU, GPU dan NPU. Gabungan ini mempercepatkan lagi tugasan AI secara terus pada peranti, sekali gus meningkatkan lagi produktiviti pengguna.

Menurut Intel, cip ini menjanjikan ketahanan bateri yang lebih panjang iaitu sehingga 27 jam dan kemampuan AI yang lebih pantas iaitu sehingga 180 TOPS. Bukan itu sahaja, cip ini turut menawarkan prestasi grafik yang lebih baik melalui grafix Xe3.

Di Malaysia, komputer riba dengan cip Intel Core Ultra Series 3 ini akan ditawarkan melalui pelbagai pengeluar jenama seperti ASUS, Acer, Dell, HP, Lenovo dan MSI.

Selain itu, Intel turut mengumumkan Intel Core Series 3 untuk segmen yang lebih mampu milik. Cip ini turut dibina dengan tekologi yang sama iaitu Intel 18A, disasarkan untuk pelajar atau perniagaan kecil. Cip ini turut menawarkan peningkatan prestasi yang lebih berkuasa dan menyokong pelbagai sambungan moden seperti Thunderbolt 4, Wi-Fi 7 dan Bluetooth 6 dan 40 TOPS untuk keperluan AI.