HUAWEI nova 15 Max turut tiba ke pasaran tempatan, seperti namanya model ini memfokuskan kepada bateri yang besar bersama dengan kemampuan kamera yang lebih baik.

HUAWEI nova 15 Max hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.84-inci dengan resolusi FHD+ dan paparan 120Hz. Tiada maklumat mengenai cip yang dikongsi namun peranti ini dikuasakan dengan cip Kirin dengan konfigurasi memori 8GB untuk RAM dan 256GB untuk storan dalaman.

Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Ultra Vision RYYB + 2MP kedalaman dan 8MP untuk swafoto. Dimuatkan dengan kapasiti bateri sebesar 8500mAh yang menyokong pengecasan pantas 40W. HUAWEI mendakwa peranti ini mampu bertahan sehingga 48 jam untuk panggilan, 25 untuk navigasi dan 23 jam menonton video dengan hnaya sekali cas.

Walaupun dimuatkan dengan kapasiti bateri yang besar, peranti ini hanya setebal 7.98mm dan berat sekitar 232 gram sahaja. Untuk ciri lain, Peranti ini memperoleh hadir pensijilan SGS 5-Star Drop Resistance Premium serta penarafan IP65 untuk perlindungan daripada percikan air.

Di Malaysia, HUAWEI nova 15 Max dijual pada harga RM1699 dengan dua pilihan warna Hitam dan Emas. Seiring dengan ketibaannya, peranti ini ditawarkan dengan rebat promosi sebanyak RM200 menjadikan harga jualan peranti ini hanya RM1499.