HUAWEI secara rasmi memperkenalkan tablet baru mereka ke pasaran tempatan melalui model MatePad Pro Max. Tablet ini tampil dengan spesifikasi yang menarik dengan rekaan yang nipis dan ringan.


HUAWEI MatePad Pro Max hadir dengan rekaan yang nipis dengan 4.7mm dan ringan dengan 509 gram sahaja. Dilengkapi dengan skrin Flexible OLED PaperMatte bersaiz 13.2- inci dengan paparan 144Hz. Tiada maklumat mengenai cip pemprosesan yang didedahkan namun HUAWEI menyatakan prestasi tablet ini 20% lebih pantas.

Konfigurasi memori yang ditawarkan adalah 12GB untuk RAM dan 512GB untuk storan dalaman. Untuk fotografi, ia diengkapi dengan sensor utama 50MP pada bahagian belakang dan 12MP untuk swafoto. Dimuatkan dengan bateri 10,400mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W dan dan pengecasan berbalik 40W.

Untuk spesifikasi lain, ia dilengkapi dengan 6 pembesar suara, 4 mikrofon terbina, Bluetooth 6.0, dan menjalankan sistem operasi Harmony 4.3.

Di Malaysia, HUAWEI MatePad Mini dijual pada harga RM5999 untuk 12GB + 512GB. Setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM3514.