Phone (4b) bakal menjadi peranti seterusnya yang akan diperkenalkan oleh Nothing. Perkara tersebut dikongsi melalui akaun rasmi Nothing India di platform X.
(b)usted. pic.twitter.com/b42Lk709lM
— Nothing India (@nothingindia) June 21, 2026
Menerusi video berdurasi 12 saat yang dikongsi, memperlihatkan lakaran skematik Phone (4b) yang dilukis menggunakan pensil 4b. Video tersebut turut mendedahkan peranti ini akan dilengkapi dengan satu kamera belakang sahaja.

Selain itu, peranti ini masih mengekalkan rekaan ikonik iaitu lutsinar yang sinonim dengan jenama Nothing. Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan adakah peranti ini akan turut dilengkapi dengan sistem Glyph atau sebaliknya.
It's (b)eginning. pic.twitter.com/DWKwwggAf0
— Nothing India (@nothingindia) June 19, 2026
Dari segi penawaran, Phone (4b) mungkin diposisikan di bawah siri Phone (4a), pilihan yang lebih mampu milik untuk pengguna yang mahukan peranti Nothing pada harga lebih rendah. Buat masa ini, tiada maklumat mengenai spesifikasi dan tarikh pelancaran yang dikongsi oleh Nothing.