Close

KKM kaji pelaksanaan Sijil Cuti Sakit Digital

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilaporkan sedang mengkaji untuk memperkenalkan sijil cuti sakit digital atau e-MC.

Pengenalan sijil cuti sakit digital sebagai langkah bagi mengurangkan risiko pemalsuan dan penyalahgunaan dokumen yang semakin meningkat. Menurut Menteri Kesihatan iaitu Dzulkefly Ahmad kegiatan tersebut telah aktif sejak 2016 melibatkan penyalahgunaan maklumat pengamal perubatan yang sah termasuk nama serta nombor pendaftaran profesional mereka.

Kementerian dan Malaysian Medical Council (MMC) memandang serius perkara ini dan sedang menyiasat kes tersebut dengan kerjasama pihak berkuasa berkaitan.

KKM melalui Bahagian Kesihatan Digital sedang giat memacu usaha pendigitalan yang bakal menjadi langkah terbaik bagi menangani isu penyalahgunaan MC. Selain itu, pengenalan ini bakal memperkukuh lagi integriti sistem pengeluaran sijil cuti sakit di negarai ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN