Close

HONOR X80 Pro Max diperkenalkan dengan bateri 11,000mAh

HONOR secara rasmi memperkenalkan peranti baru iaitu HONOR X80 Pro Max di China, tarikan utama pada peranti ini adalah pada kapasiti bateri iaitu 11,000mAh.

Dengan bateri sebesar 11,000mAh, HONOR X80 Pro Max menjadikan fon dengan bateri paling besar yang ada di pasaran buat setakat ini. Bukan itu sahaja, peranti ini turut dilengkapi dengan pengecasan pantas 90W berwayar dan pengecasan wayar berbalik 27W.

Peranti ini dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.8-inci yang menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 10,000 nits untuk situasi tertentu. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 6 Gen 5 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Untuk fotografi, peranti ini dilengkapi dengan kamera utama 50MP dan kamera swofoto 8MP. Menjalankan sistem operasi MagicOS 10 yang berasaskan Android 16. Selain itu, ia menyokong pengimbas cap jari bawah skrin, penarafan IP68/IP69K dan NFC.

Di China, HONOR X80 Pro Max dijual pada harga bermula CNY1999 (RM1183) untuk 8GB + 128GB. Ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Black, Orange, Red dan Moon Shadow.

ARTIKEL BERKAITAN