Close

Steam Machine akan mula dijual pada 30 Jun ini – Harga jualan mencecah RM6000

Valve secara rasmi mengumumkan Steam Machine akan mula ditawarkan pada pengguna bermula 30 Jun ini.

Steam Machine merupakan konsol PC bersaiz kompak dan tersedia dalam dua varian yang berbeza mengikut kepada keperluan pengguna. Dari segi spesifikasi, kedua-dua varian menggunakan perkakasan yang sama. Dikuasakan dengan cip AMD Zen 4 semi-custom dengan 6C/12T yang digabungkan bersama GPU AMD RDNA 3 dengan 28CU serta VGRAM 8GB GDDR6.

Steam Machine turut dilengkapi RAM DDR5 16GB, storan dalaman SSD sehingga 2TB NVMe, Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.3, Gigabit Ethernet, slot MikroSD dan menjalankan sistem operasi SteamOS.

Untuk membeli Steam Machine, pengguna perlu mendaftar melalui sistem tempahan yang disediakan oleh Valve. Pendaftaran dibuka untuk tempoh terhad dan akan ditutup pada 25 Jun. Valve memaklumkan kaedah ini digunakan bagi memastikan proses pembelian lebih adil serta mengurangkan aktiviti bot.

Valve turut meletakkan syarat untuk pembelian seperti memiliki akaun Steam aktif dan sekurang-kurangnya pernah membuat satu pembelian sebelum 27 April 2026. Selain itu, hanya satu penyertaan dibenarkan bagi setiap isi rumah. Valve akan memilih pengguna yang berjaya secara rawak dan akan mula menghantar notis kelulusan melalui e-mel.

Senarai harga jualan untuk Steam Machine :

  • Steam Machine (512GB) – $1049 (RM4342)
  • Steam Machine (512GB) + Steam Controller – $1128 (RM4669)
  • Steam Machine (2TB) – $1349 (RM5584)
  • Steam Machine (2TB) + Steam Controller – $1428 (RM5911)

ARTIKEL BERKAITAN