Close

Samsung, SK Hynix dan Micron disaman – Manipulasi bekalan untuk naikkan harga memori

Tiga pengeluar cip memori terbesar dunia iaitu Samsung, SK Hynix dan Micron kini berdepan tindakan undang-undang di Amerika Syarikat (AS) selepas didakwa mengehadkan bekalan memori menyebabkan harga komponen meningkat secara mendadak.

Merujuk kepada tuntutan saman berkumpulan yang difailkan, seramai 17 plainitif mendakwa ketiga-tiga syarikat tersebut menyelaraskan strategi pengeluaran DRAM dengan memberi tumpuan kepada penghasilan High Bandwidth Memory (HBM), sambil mengurangkan pengeluaran modul memori DDR3 dan DDR4.

Disebabkan itu, bekalan DRAM menjadi sangat terhad, sekali gus melonjakkan harga komponen tersebut. Selain itu, tindakan tersebut menyukarkan pengeluar lain untuk memasuki pasaran dan mengimbangi kekurangan bekalan.

Peralihan pengeluaran kepada HBM telah dijadikan alasan untuk mengurangkan pengeluaran DRAM konvensional. Walau bagaimanapun, industri semikonduktor menjelaskan bahawa meningkatkan pengeluaran DRAM bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan dalam masa singkat.

Buat masa ini, Samsung, SK Hynix dan Micron masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tindakan undang-undang tersebut.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN