Radio Televisyen Malaysia (RTM) menamatkan saluran TV6 bermula hari ini iaitu 1 Julai 2026. Berikutan itu, pengguna atau pelanggan kini tidak lagi boleh menonton saluran tersebut.

Walau bagaimanapun, RTM tidak memberikan sebarang penjelasan lanjut mengenai penamatan siaran tersebut. Bagi yang tidak mengetahui, saluran TV6 ini menawarkan kandungan konsep retro melalui arkib RTM yang merangkumi rancangan hiburan,drama, filem, kartun, dokumentari dan program klasik yang pernah disiarkan.
Sebagai rekod, saluran TV6 mula ditawarkan pada pengguna 1 Mac 2021 yang boleh ditonton melalui saluran MYTV 113 atau platform RTMKlik.